Sunday, 26 November 2017

Teori Big Bang 2017

Big Bang Theory

 

Seluruh umat Islam seharusnya tahu tentang eksperimen LHC (Large Hadron Collider) untuk memecut berjuta-juta particle dalam sebuah mesin. Setiap particle akan dipecutkan dengan 7TeV (trillion electron volts) dan jarak pecutan sepanjang 17 batu bersamaan 27 kilometer. Lebih 50 jenis super magnet telah digunakan dalam eksperimen tersebut. Kami ingin menyatakan tentang teori “Big Bang” yang diciptakan oleh ahli fizik radikal.

 

Oleh sebab itu, kedatangan Dajjal merupakan tempoh masa yang lebih aneh daripada biasa. Ini kerana mereka puak Yahudi dan Nasrani serta Hindu bergabung kepakaran untuk mencipta mesin yang paling besar dan paling rumit yang belum pernah diciptakan sebelum ini dalam sejarah manusia.

 

Hasil eksperimen ini kemungkinan besar akan memberi kesan kepada kitaran masa atau berlaku kejutan terhadap orbit bumi terutamanya yang menyebabkan satu tekanan tinggi yang berlaku menyebabkan ruang dan jarak masa menjadi kurang berfungsi buat sementara waktu. Maka jika dikaitkan dengan kedatangan Dajjal bahawa pada masa itu akan berlaku jarak dan ruang masa menjadi lama walaupun tempoh Dajjal hanyalah singkat tetapi cukup untuk mengelilingi satu dunia dalam menyesatkan hampir seluruh umat.


WallhuAlam..