Roh muqaddasah atau roh suci sebenarnya bersifat aktif tetapi roh orang yang hidup masih terikat dengan jasad sebab itulah roh kita pasif berbanding dengan orang yang sudah mati roh mereka lebih aktif. Bagaimana jin boleh merasuki dalam tubuh badan manusia dengan mengunci roh yang pasif itu dan ambik alih sistem darah dan saraf untuk kawal jasad manusia tanpa kita sendiri tidak sedari.
Roh yang pasif boleh terlepas dari jasad orang yang masih hidup ketika kita sedang tidur tetapi roh tersebut masih ada ikatan atau terikat lagi dengan jasad bersama tempoh waktu yang telah ditetapkan tuhan.
Oleh sebab itu, orang yang hidup boleh bermimpi jumpa dengan seseorang samada orang yang hidup atau sudah mati disuatu tempat. Contoh, jasad berada di rumah kita tetapi roh suci kita berjumpa dengan roh orang yang telah mati disuatu tempat yang berlainan. Kalau pada waktu jasad kita dalam keadaan sedar berbeza pula, kerana roh suci kita akan menjadi pasif kembali disebabkan roh akan berkerja untuk jasad yang sedang aktif ketika itu.
Di antara, roh dan jasad ialah ditengah-tengah ruang itu ada kekosongan tetapi masih terdapat tunel hubungan roh dengan jasad. Oleh kerana, kekosongan ruang itulah bangsa jin dapat manipulasi tubuh badan manusia untuk mengawal jasad manusia melalui darah dan saraf bahkan tanpa kita menyedari bahawa mereka dapat keluar masuk dengan sesuka hati. Dalam islam, mengatakan bahawa ditengah tempat pertembungan suhu sejuk dan panas merupakan tempat kesukaan makhluk ghaib menginap di bumi ini. Sudah tentu tempat dimana suhu sejuk dan panas dalam tubuh manusia juga ada oleh kerana manusia itu sendiri diciptakan dari tanah di dalam bumi. Ini bermakna jin menyukai tempat sebegitu dalam tubuh manusia.
Al quran bagi tahu bahawa jin diciptakan dari api. Jin hebat dalam particle physics untuk merubah bentuk jisim kepada benda lain dan manusia pula diciptakan dari tanah.Lebih kurang macam tulah bahawa kaum jin dicipta dari api dan sifatnya lebih ringan daripada manusia yang diciptakan dari tanah lebih berat. Kelebihan jin adalah menyerupai api, ular, buaya, harimau, manusia dan juga pelbagai jenis bentuk lagi.
ﻭَﻟَﻘَﺪْ ﺧَﻠَﻘْﻨَﺎ ﺍﻟْﺈِﻧﺴَﺎﻥَ ﻣِﻦﺻَﻠْﺼَﺎﻝٍ ﻣِّﻦْ ﺣَﻤَﺈٍ ﻣَّﺴْﻨُﻮﻥ
"Dan sesungguhnya Kami menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, dari lumpur yang dibentuk". [Al-Hijr:26]
ﻭَﺍﻟْﺠَﺎﻥَّ ﺧَﻠَﻘْﻨَﺎﻩُ ﻣِﻦ ﻗَﺒْﻞُ ﻣِﻦ ﻧَّﺎﺭِ ﺍﻟﺴَّﻤُﻮﻡ
"Dan Kami telah menciptakan jin sebelumnya dari api yang sangat panas". [Al-Hijr:27]
Oleh itu, ruang diantara roh dan jasad itulah diperlukan untuk mengisi dengan tenaga dalaman. Contoh, kita boleh mengisi ruang yang kosong itu dengan gelombang dari dzkirullah secara konsisten kerana berzikir seolah ada unsur tenaga magnetism semula jadi untuk manusia. Diibaratkan ion positif yang banyak dapat dimuatkan ia mampu menepis ion negatif dari memasuki tubuh kita.
Penulis : Fakhrul
No comments:
Post a Comment