Tuesday, 1 November 2016

Rahsia Piramid Mesir

Al-Quran ada menjelaskan kepada kita secara kasar tentang proses pembinaan piramid dilakukan pada zaman dahulu. Ketika zaman Firaun bermula pada zaman Nabi Ibrahim dan Luth, Syuaib dan Musa lagi. Pada ketika zaman Nabi Musa bahawa Firaun mengarahkan perdana menterinya iaitu Haman supaya membina sebuah menara atau bangunan yang tinggi (Piramid) untuk melihat Tuhan Nabi Musa. Oleh kerana, Firaun terlalu marah akan Nabi Musa kerana mencabar kekuasaan Firaun pada masa itu.

Dan Firaun berkata, "Wahai para pembesar! Aku tidak mengetahui bahawa ada bagi kamu tuhan selain daripada aku. Wahai Haman! Hidupkanlah api untuk membuat tanah liat (menjadi bata) dan buatlah menara yang tinggi agar aku dapat naik melihat Tuhan Musa. Dan sesungguhnya aku yakin bahawa dia termasuk orang-orang yang berdusta". [Al-Qasas:38]

Pernah lihat orang buat rumah batu? Begitulah zaman firaun. Adakah kita masuk fasa yang sama? Bezanya zaman mesir buat bangunan dengan tanah guna api dan juga sekarang buat bangunan dengan simen guna air. Apakah Rahsianya?

Al-Quran dalam surah Al-Qasas ayat 38 ada menjelaskan tentang kaedah pembinaan piramid secara umumnya. Firaun telah mengarahkan menterinya iaitu Haman menghidupkan api supaya membakar tanah liat untuk menjadikan batu-bata (block) supaya dijadikannya sebuah menara yang tinggi iaitu bangunan piramid itu. Maka jelaslah mesir yang penuh dengan padang pasir itu sebenarnya dekat dengan Sungai Nil. Dari manakah tanah liat itu? Sudah tentulah tanah liat itu dikorek melalui Sungai Nil dan diangkutnya ke tengah-tengah padang pasir dan tanah liat yang cair dan basah itu akan dipanaskan di atas api menerusi acuannya yang telah direka khas oleh ahli kejuteraan mereka.

Selain itu, jelaslah teori dari Armsterdam University pasal proses pembinaan piramid adalah dengan menarik batu di atas pasir dengan papan luncur berserta melembabkan pasir dengan air supaya kapilari pasir menjadi kemas dan padat (terikat) itu adalah tidak benar sama sekali. Kerana batu-bata yang di gunakan bukanlah diangkut dari jauh tetapi mereka angkut tanah liat yang basah dari Sungai Nil (panjangnya Sungai Nil lebih dari 6.650 km) samada dengan menggunakan Wheel Chariot atau kereta berkuda menuju ke tapak piramid dan dekat tapak piramid itulah mereka menyalakan api untuk bakar tanah liat yang basah itu supaya menjadi batuan (block) yang keras dalam acuan khas yang mereka ciptakan dan setelah menjadi keras barulah mereka susun menjadi sebuah piramid.

Writen By: FR

No comments:

Post a Comment