Wednesday, 2 March 2016

Al-Masih Ad-Dajjal

Siapakah Al-Masih Ad-Dajjal?

Menurut al Quran bahawa ada seorang dari kaum bani israil yang mirip sekali dengan tingkah laku makhluk yang dikenali sebagai Dajjal. Tingkah lakunya sudah tentu aneh daripada manusia biasa. Zaman Nabi Musa diantara zaman lahir ahli sihir yang sangat hebat ketika itu. Jika dilihat Samiri atau pun Dajjal mempunyai kebolehan yang luar biasa. Dan tidak hairanlah kenapa Dajjal boleh menggunakan seluruh teknologi jin, syaitan dan manusia untuk menghidupkan kuasa kesaktiannya. Betapa penting juga apabila nama Samiri disebut 3 kali dalam Al-Quran adalah dalam Surah Taha ayat 85, 87 & 88.

Sedikit sumber melalui Al-Quran :

1) Tuhan berfirman, "Kami telah menguji kaummu sepeninggalmu dan mereka telah disesatkan oleh Samiri (salah seorang dari Bani Israil). [Surah Taha : 85]

2) Mereka menjawab, "Kami tidak melanggar perjanjian dengan engkau kerana kemahuan kami, tetapi kami dibebani dengan perhiasan-perhiasan kaum (Qibti) itu dan kemudian kami lemparkan (ke dalam lubang yang berapi). Dan Samiri juga melemparkannya. [Surah Taha : 87]

3) Kemudian Samiri mengeluarkan (dari lubang itu benda yang berbentuk) anak lembu yang bertubuh dan bersuara (ciptaan Samiri), lalu mereka berkata, "Inilah Tuhan kamu dan Tuhan Musa. Tetapi Musa melupakannya." (tidak mengendahkannya). [Surah Taha : 88]

Sedikit fakta hasil kajian saintifik :

1) Kajian DNA penyelidik UKM terhadap 86 lelaki Melayu telah membuktikan bahawa 27% variant Mediterranean terdapat dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah bermaksud bangsa Bani Israil.

2) Kajian DNA penyelidik USM 2008 telah berjaya membuktikan bahawa Suku Melayu Minangkabau dan Suku Melayu Kelantan adalah baka Melayu asli.

3) Kajian akeologi UKM selama 38 tahun (1972-2010) membuktikan bahawa rumpun Melayu adalah penduduk asal Malaysia sejak 40,000 tahun.

- Terdapat hasil yang dahsyat melalui kajian psikologi mendapati sebahagian besar umat islam menjadi pengikut dan tentera Dajjal. Ramai umat islam diseluruh dunia ketika ini sedang berlaku secara langsung atau tidak langsung dlm mempromosikan propaganda, ideologistik dan simbolistik terhadap nabi atau sbg tuhan palsu iaitu Al-Masih Ad-Dajjal yang pastinya akan menyesatkan hampir seluruh manusia. Sejauh mana kebenaran tersebut jika ternyata Dajjal adalah berasal dari keturunan kaum Bani Israil? Melalui kajian dan data statistik berapa peratusan pengikut Dajjal dari kaum Bani Israil yang boleh kita anggarkan seperti mana yang akan menentang segala perjuangan Al-Mahdi pada masa akan datang. Seharusnya kita umat islam harus mengambil berat tentang persediaan untuk menghadapi perjuangan dunia akhir zaman kelak. (Part 1)

Wallahualam. Sekian, Terima Kasih. By: FR

No comments:

Post a Comment