Apa Itu Tauhid?
Tauhid diambil dari kata wahhada yuwahhidu tauhidan yang ertinya mengesakan. Satu suku kata dengan kata wahid yang bererti keyakinan akan keesaan Allah. Kalimat tauhid adalah kalimat Laa illaha illallah yang bererti tidak ada tuhan melainkan Allah Swt.
[Al-Quran 2:163/47:19]
Dakwah Tauhid?
Rasulullah saw ketika berdakwah selama tiga belas tahun lamanya hanya menyerukan tauhid kepada bangsa Arab, khususnya kaum Quraisy di Mekkah. Detik waktu itu begitu sangat panjang dilihat dari masa kenabian beliau. Perjalanan dakwah beliau diiringi dengan rintangan yang luar biasa. Seksaan kaum Quraisy terhadap para pengikut beliau sangat dahsyat, sementara kaum muslim pada waktu itu masih berjumlah sedikit dan tiada kekuatan untuk melawannya.
Oleh itu, janganlah kita pandang mudah mengenal perihal tentang kepentingan tauhid terhadap pelbagai aspek khususnya. Tauhid juga boleh dikatakan sebagai "tapak asas" kepada iman seorang muslim setelah itu barulah proses untuk mendirikan solat yang dikatakan sebagai "tiang agama". Kalau umat islam tidak faham tentang tauhid condong atau gagal untuk menguasainya sudah tentu kesannya terhadap tiang agama seseorang itu menjadi senang runtuh dan berkecai.
Klasifikasi Tauhid :
Tauhid Rububiyah (Keesaan, Kekuasaan)
Tauhid Uluhiyah (Ketaatan, Kesetiaan)
Asma' wa Shifat (Nafi Dan Isbat)
Dalam kontek pandangan Rasulullah sudah tentu beliau memandang serius terhadap kepentingan menguasai ilmu tauhid dengan kewujudan pencipta alam. Apabila tauhid atau tapak asas mula kukuh sudah tentu akan melahirkan para muslim yang berkualiti berbanding dengan melahirkan muslim yang ramai tetapi seperti buih-buih dilautan.
Implikasi Tauhid?
Setelah umat islam faham sebenarnya kepentingan tauhid dalam pengukuhan terhadap keimanan seorang muslim. Apabila umat islam telah faham konsep ilmu tauhid sebenarnya mereka akan mengetahui tentang implikasi jika mereka tidak berhukum dengan Al-Quran atau Hukum Allah dalam kehidupan seharian mereka sudah tentu akidah mereka turut menjadi kekufuran.
Konsep islam yang kita dikelirukan oleh setengah pihak bahawa islam itu luas (universal). Contoh, kalau soal berhijab boleh dirunding mengikut keadaan dan kesesuain. Itu universal dalam aspek feqah atau cabang (furuq) sebenarnya tetapi dalam aspek tauhid atau akar (ushul) adalah universal bukan sekadar mendirikan solat sahaja tetapi lebih kepada merangkumi akidah semua aspek seperti segala undang-undang dalam kehidupan atau berhukum melalui ketetapan daripada ilahi sebenarnya ibarat patuh hanya kepada perlembagaan Allah Swt.
Ditulis oleh : FR
No comments:
Post a Comment