Wednesday, 9 March 2016

Target Imam Mahdi

Imam Mahdi Hapus Sistem Kufur!

1) Negara Malaysia mengakui Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang tertinggi dalam Malaysia (Artikel 4 Perlembagaan Malaysia), padahal agama Islam dan undang-undang Islam adalah yang tertinggi disisi Allah Swt (At-Taubah 9:33).

2) Negara Malaysia membuat undang-undang manusia (Artikel 44 Perlembagaan Malaysia), padahal Allah saja yang berhak dan berkuasa untuk membuat undang-undang (Al-An'am 6:57 dan Yusuf 12:40).

3) Negara Malaysia menguat kuasakan undang-undang manusia (Artikel 43 Perlembagaan Malaysia), padahal undang-undang Allah adalah diperintahkan untuk dikuat kuasakan ke atas manusia (Al-Maidah 5:48,49,50).

4) Negara Malaysia menghukum manusia dengan undang-undang manusia (Artikel 121 Perlembagaan Malaysia), padahal menghukum dengan undang-undang manusia adalah kafir (Al-Maidah 5:44).

5) Mengikut interpretasi Mahkamah Agung mengenai kedudukan agama Islam di dalam Perlembagaan Negara Malaysia (Fasal 3 (1) Perlembagaan Negara), ianya tidak bermaksud bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara (Che Omar bin Che Soh versus Public Prosecutor dan Wan Jalil bin Wan Abdul Rahman & anor versus Public Prosecutor, 1988, 2 mlj 55). Sempena penghakiman terhadap rayuan kes tersebut, Mahkamah Agung memutuskan bahawa agama Islam mengikut Fasal 3 (1) hanyalah terhad kepada hal-hal adat istiadat dan peribadatan ritual sahaja, bukan agama rasmi negara, dan ia (Mahkamah Agung) juga mengisytiharkan dalam keputusannya itu bahawa MALAYSIA BUKANLAH SEBUAH NEGARA ISLAM, tetapi sebuah negara sekular yang mengamalkan undang-undang British (Yahudi & Nasrani).

Menurut keterangan Al-Quran :

"Apakah hukum jahiliyah yang mereka mahukan? Dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang-orang yang yakin?" [Al-Maidah:50]

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin. Mereka tolong-menolong di antara satu sama lain. Barang siapa yang melantik mereka sebagai wali (pemimpin)nya, maka ia tergolong bersama mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim". [Al-Maidah:51]

"Engkau perhatikanlah bahawa orang-orang (munafik) yang mana hati mereka terdapat penyakit, bersegera mendampingkan diri (dengan orang Yahudi dan Nasrani), lalu mereka berkata, "Kami takut ditimpa bahaya". [Al-Maidah:52]

"Sesungguhnya sejahat-jahat (makhluk) yang melata menurut penilaian Allah ialah orang-orang kafir, kerana mereka tidak beriman". [Al-Anfal:55]

"Dan jika kamu khuatir adanya penghianatan (perjanjian) dari sesuatu kaum, maka batalkanlah perjanjian itu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berkhianat". [Al-Maidah:58]

"Jika mereka melanggar sumpah (janji) mereka sesudah mereka mengikat janji dan mereka menghina agama kamu, maka perangilah para pemimpin kafir itu. Sesungguhnya mereka tidak berpegang kepada sumpah janjinya, agar mereka berhenti (dari memusuhi dan memerangi kamu)". [At-Taubah:12]

"Mengapa tidak kamu perangi sahaja kaum yang merosak perjanjiannya, padahal mereka telah bertekad untuk mengusir Rasul dan merekalah yang mula-mula memerangi kamu? Apakah kamu takut akan mereka, padahal Allah yang lebih berhak kamu takuti, jika kamu betul-betul orang mukmin". [At-Taubah:13]

"Perangilah mereka! Allah akan menyiksa mereka dengan perantaraan tangan kamu dan Allah akan menghina mereka dan menolong kamu (untuk mengalahkan mereka) dan juga menenteramkan hati orang-orang mukmin". [At-Taubah:14]

Kesan politik, ekonomi dan sosial yang mempengaruhi keimanan umat islam..

Islam itu universal tetapi ulama (orientalis, nasionalis atau sekular) pada hari ini telah menyembunyikan konsep islam yang sebenar (kebenaran) daripada diketahui oleh umat islam serta walau pun ini perkara fundamental tetapi kesannya terhadap akidah umat islam amat besar yang berkait rapat dengan sistem politik, ekonomi dan sosial. Islam bukan hanya sekadar solat seperti mana british mengubah struktur mengecilkan skop islam supaya kita fokus kepada solat, puasa, zakat, harta dan kahwin sahaja. Sedangkan pihak british telah rosakkan dahulu lagi akidah umat islam tanpa disedari oleh kaum ulama yang bersepakat dengan orang kafir untuk meluluskan dasar perlembagaan malaysia yang termaktub.

Implikasi Terhadap Keimanan :

- Implikasi politik dalam akidah
- Implikasi ekonomi dalam ibadah
- Implikasi sosial dalam kifayah

"Dan Kami menurunkan al-Quran kepada kamu agar kamu terangkan (selesaikan) perselisihan mereka (tentang agama mana yang hak dan mana yang batil). Al-Quran itu petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman". [Al-Nahl:64]

No comments:

Post a Comment