Perang Dalam Islam
Menurut al Quran tidak semua umat islam kena pergi berperang tetapi oleh kerana penerangan bagi sesetengah ulama atau pun ustadz pada masa kini yang menyebabkan umat islam menjadi terkeliru dan terkunci dengan konsep perang dan jihad sebenar. Memang satu kewajipan seorang umat islam untuk menyertai perang sekiranya menepati syarat dalam islam.
"Setiap perbelanjaan yang mereka berikan, banyak atau sedikit, setiap lembah yang mereka lintasi, nescaya dituliskan (pahalanya) bagi mereka, kerana Allah hendak memberikan balasan dari amalan mereka yang lebih baik (iaitu jihad pada jalan Allah)". [At-Taubah:121]
"Tidak sepatutnya semua orang mukmin itu pergi ke medan perang. Mengapa tidak satu rombongan dari tiap golongan pergi untuk mempelajari dengan mendalam ilmu agama agar mereka dapat memberikan peringatan (pelajaran) kepada kaumnya apabila mereka sudah kembali. Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga". [At-Taubah:122]
"Wahai orang-orang mukmin! Perangilah orang-orang kafir di sekitar kamu dan hendaklah mereka merasakan kekerasan (kekuatan) daripada kamu. Dan ketahuilah bahawasanya Allah bersama (membela) orang-orang yang bertakwa". [At-Taubah:123]
Ayat ini sangat jelas untuk menerangkan kepentingan perang dan jihad. Sebagai mana Allah hendak menukar amal kamu yang lebih baik iaitu dengan jihad. Persoalan kenapa kita tiada cita-cita seperti sahabat Rasulullah untuk menjadikan islam sebagai agama nombor satu di dunia? Sebab yang paling utama adalah kefahaman tentang konsep metodologi islam yang sebenar. Mungkin kita umat islam tetapi pemikiran kita sudah pun dijajah oleh ideologi barat (yahudi dan nasrani) iaitu musuh islam.
Negara islam haruslah bahagi kepada 2 kelompok iaitu Pasukan Berperang dan Pasukan Berdakwah supaya islam dapat menyusuri cahaya ke seluruh pelusuk dunia yang penuh kegelapan seperti dunia pada hari ini. Apabila kefahaman umat islam sudah majoriti faham tentang konsep perang dalam islam sudah tentu akan mendapat satu arahan daripada pemimpin yang dilantik oleh Allah Swt. Dalam jangka masa ini, apa yang penting pertama sekali adalah seluruh umat islam haruslah memahami konsep perang dalam islam terlebih dahulu "knowledging for our society". Hanya dengan perang dan jihad sahaja dapat kita menghapuskan segala kebatilan yang ada dimuka bumi Allah Swt ini. Sesungguhnya, Perang Badar berlaku untuk menegakkan yang hak (islam) dan sudah tentu menghapuskan yang batil (kufur). Wallahualam.
Sekian, Terima Kasih.
Penulis : FR
No comments:
Post a Comment