Friday, 11 March 2016

Dalam Teori Mahdi

Apabila lahirnya kelak seorang pewaris nabi muhammad saw, beliau akan pergi ke makkah pada usia lewat 30-45 tahun dengan dilihat perwatakan beliau yang luar biasa dan aneh. Beliau akan dibaith oleh beberapa orang makkah disitu. Dan beliau akan mendapat sesebuah kotak atau peti yang berisi satu tulisan, formula atau arahan untuk menerajui semula legasi islam diseluruh pelusuk dunia.

Sedikit Revolusi Mahdi :

- Beliau akan perbaiki semula akidah seluruh umatnya.
- Beliau akan hindari semua umatnya dari fitnah dajjal.
- Beliau akan hapuskan segala sistem kufur (jahiliyah).
- Beliau akan lahirkan semula pemikir islam yang hebat.
- Beliau akan hidupkan bumi ini dengan keadilan sejagat.
- Beliau akan hapuskan semua berhala dalam bentuk simbol.
- Beliau akan hapuskan semua berhala dalam bentuk sistem.
- Beliau akan hapuskan semua hubungan dgn musuh islam.
- Beliau akan arahkan semua panji islam diseluruh dunia.
- Beliau akan hidupkan semula sistem khalifah umat islam.
- Beliau akan memerintah dgn keadilan dan ketelusan.
- Beliau akan meluaskan lagi seluruh cahaya dunia islam.
- Beliau akan hapuskan cukai terhadap semua umat islam.
- Beliau akan membina sebuah empayar islam yang baharu.
- Beliau akan takluk semula tanah arab dari musuh islam.
- Beliau akan serahkan pada Isa anak maryam untuk diterajui.

P/S : Kemungkinan besar Imam Mahdi akan lawan satu dunia dan sebahagian besar akan menjadi musuhnya. Dan sebahagian umat akan dipecahkan kepada beberapa bahagian. Disitu kita akan mampu melihat pertembungan yang hebat.

Sekarang kita cuba kenal pasti bahawa diri kita ketika ini berada pada pihak mana? Adakah kita menjadi musuh mahdi atau musuh dajjal boleh jadi kawan mahdi atau kawan dajjal? Renungkan..

Segala tulisan diatas berdasarkan teori saya sendiri diharap kita semua mampu berlayar bersama cahaya bahtera. :)

Wallahualam.

Sekian, Terima Kasih. Ditulis FR.

No comments:

Post a Comment